Selasa, 3 Julai 2012

new york vs choc cheese(cheese cake) ~2 layer~


filling
~7 sudu besar tepung gandum(rata bukan mumbung ya.hee))
~750Gram cream cheese (3 ketul) seeloknya philadelphia
~ 250ml whipping cream
~setengah kotak kecik susu segar full cream dutch lady
~5sudu besar gula mumbung ckit(sy blend bgi halus) kalo ska manis lebihkan gula k.
~setengah biji lemon -ambil jusnya
~1sudu teh esen vanila
~3biji telur
~50gm butter

cara2 membuatnya:
~pukul cheese dgn gula hingga kembang..
~masukkan telur 1 demi 1 n putar lagi hingga kembang..
~masukkan whiping cream..putar lagi hingga kembang n gebu berkrim..
~masukkan tepung dan gaulkan sebati..
~masukkn susu segar n gaulkan sebati



ambil 1/3 dari adunan n masukkan 2sudu serbuk koko@ 4 sudu cooking choc yg telah dicairkan..

adunan yg selebihnya(yg byk) biarkan plain n letakkan perahan jus lemon..(bahagian plain ni rasa mcm new york cheese cake kat secret recipe tu..)



masukkan adunan yg bercoklat tadi ke dlm loyang n bakar sekejap je sampai permukaan atas dia mcm kering ckit..keluarkan dari oven dan masukkan adunan yg berlemon tadi ke dalam loyang yg berisi cheese choc tadi n bakar semula 170'celcius api atas bawah atau mengikut kepanasan oven masing2  sehingga masak..

~dekat2 masak tu boleh la buka oven jap n tabur atas kek dgn cip coklat..kalo tabur awal masa mula2 bakar nanti cip tu tenggelam pulak..

(cheese kek jgn terlebih bakar nanti tekstur dia xcantik n terlebih masak.. jgn risau if dia lembik..cheese yg baru masak mmg lembik..)

selepas kelihatan masak,buka pintu oven n biarkan dlm 15minit baru keluarkn dari oven dan sejukkan seketika..masukkan ke dlm peti ais 4-5jam sebelum makan..

nanti dah potong ayu masukkan pic kek ni selepas dipotong pulak ya.. now nak sejukkan dulu dalam peti ais.. cheese kek xleh nk potong panas2.. n sedap dimakan lepas dah sejukkan.



kalo xnak wat 2 lapis pun xpe.. lpas wat kek ni saya rasa next time nak buat lapisan yg ats je sebab yang atas tu sedap.. kalo cheese kek yang berperisa coklat  menarnya xbrapa sesuai n agak muak.. yg new york cheese cake l;apisan atas tu lebih sedap.. bagi pendapat ayu la.. ;-) kalo lbih rajin kawan2 buatlah base biskut kat lapisan bawah cheese kek tuh..ayu malas tuh yg xbuat.hehe kalo buat lagi sdap..

terima kasih.. salam syg dari cik ayu.hee slamat mencuba.wink ;-)
psstttt..agi 1 nk pesan.. guna loyang cheese kek yer jgn guna loyang biasa..senang ckit nk keluarkan kek or hiaskan kek kalo loyang cheese kek..
agi satu nk tambah..sorry ler ejaan bahasa melayu cik ayu xbetuiii..hehe sesuka ati cik ayu je kan.hehe ade yg ringkas sgt tu mintak maap ya.mls tul nk mnaip..hee...

Khamis, 14 Jun 2012

red velvet cake

ni red velvet cake versi cupcakes. kek ni ayu wat bulan 3 haritu..surprise untuk encik tunang masa birthday dia aritu.hehe
ok2 xmaw celoteh banyak-banyak..ni ayu letakkan resepinya k ..


Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk

2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter

300 gram gula kastor

2 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan

1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia

227 gram mascarpone

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula ising

360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.
Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering
Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam papecup or loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.kalau guna cup,bakar skejap aja ya..yg resepi ni ayu guna cup..so dlm 15minit pun dah masak kek nih. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu.
Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

ok pastu leh hias ikut suka.hehe.

ni pic masa birhday dia haritu.. papepun tq pada myra,sya,janna kerana terlibat dalam menjayakan surprise nih..hehe

oreo cheese cake (bakar punya)

yummy yummy... ni dah lama buat..april tahun lepas.. sedap sangat..fav cik ayu ni..nak resepi?
jom kita wat sesama ya ;-) yg ni ayu wat size kcik ya.byk tkt xhbis pulak..nk size bsar doublekan sukatan ok =)

30keping oreo yg dikisar(buang cream ya)
60gram butter(cairkan)

filling
~7 sudu tpung gndum
~500G cheese tatura or philadelphia (2 ketul)
~fresh cream 250ml
~110ml susu segar
4 sudu besar gula
~susu pekat manis
~sbiji lemon -ambil jusnya(kalo guna philadelphia jgn ltak sbiji sbb philadelphia dah masam) ni guna tatura..
~1susdu teh esen vanila
~4biji telur
~1 paket oreo(buang cream juga ya..n hancurkan kasar2..jgn blend..


cara2 membuatnya:

base:
gaulkan oreo kisar dgn butter cair..tekan dalam loyang n sjukkan dlm pti ais seketika..

filing cizkek:
masukkan semua bahan dlm blender kecuali susu pekat dan oreo hancur kasar(bukan yg halus ya) manis...blendkan semua smpai sebati n jadi cream..

then masukkan susu pekat manis(yg ni kena ikut rasa..bubuh smpai manis yg dikehendaki..kena rasa lah ya nk manis byk mana)
then masukkan oreo hancur n gaulkan dgn adunan cheese..

masukkan adunan cheese dlm loyang cheese kek yg ade base tadi..bakar dlm oven sehingga masak...api jgn kuat sgt ya..ikut kpanasan oven masing2..ltak aluminium foil setelah 20 minit membakar untuk elk kek merekah n hangus...n truskan membakar hingga masak..
maaf resepi berterabur sbb resepi campak2..haha

cheese kek ni masa panas dia lembik n cair..so pas bakar letak dalam peti ais 3 4 jam baru leh potong ok? =) cheese kek xsedap mkn panas2.. sejukkan dulu ya =)

kek coklat moist

Bahan A

1 cwn gula pasir

1 cwn serbuk koko

1 cwn susu cair...

1 cwn susu pekat

1 cwn minyak msk..

*semua bhn d'atas gaul sebati bila da sbati n msk atas api perlahan.

rehatkn adunan..

bhn2 B:

tepung gandum 3/4 cwn

soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)

baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)

*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cara2 buat:

satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk la..

pas kek sejuk bolehla topping dengan topping kesukaan masing =)

Rabu, 13 Jun 2012

pau lembut n gebu

pau
Bahan-bahan (lbih kurang 60 biji )



Bahan-bahan (A)
~300gm Air Suam
~220gm gula
~18gm Yis Segera - Mauripan
Bahan-bahan (B)
~920gm Tepung Pau
~60gm shottening
~180gm air
~1 sudu teh Bread Softener
~2 sudu teh Baking Powder
~2 sudu teh Minyak masak

Cara-cara

Masukkan semua Bahan A..air suam kedalam mangkuk tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
Rehatkan doh 30 minit,Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka.... dah siap masuk inti..Tutup dengan platik semua doh.. rehatkan lagi 30 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
Nota - Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus.... memang sedap..
NOTA = Cara saya.. mengukus untuk dapatkan kulit pau cantik dan tidak menggerutu.. Balut penutup pengukus dengan kain, kalau boleh, guna tudung atau kain empat segi. balut seluruh tutup kukusan.. lepastu ikat lebihan kain dgn getah kat atas penutup...agar wap air tadi tidak akan jatuh pada pau. Ni pulak petua mama kastam tioman: mengukus pau, biasanya 5 minit aje dah cukup dengan api yang besar. Bila dah masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau tu dengan penutupnya sekali kebawah. Baru lah buka penutupnya. Kalu kita buka penutupnya semasa masih diatas api tu yang menyebabkan kulitnya mengerutu
serius ayu ckp,pau ni mmg sangat lembut.sampai mak ayu asyik request suruh buat pau.hehe selamat mencuba yer.. lagi satu,ayu uli tepung mengunakan mixer.. tak larat aihh nak uli guna tangan.huhu.

Selasa, 22 Mei 2012

entry pertama!!

Assalamualaikum..hai kawan-kawan! hehe blog ni dah lama gak la buat.tapi tak pernah tulis apa-apa.ayu sebenarnya tak pandai nak berblog2 nih. hurm tapi mudah juga ada blog kan.. terutama untuk berkongsi resepi-resepi dengan kawan2.yelah kat inbox fb ayu ramai sangat yang pm minta macam-macam resepi.minta maaf kadang ada yang ayu terlupa nak balas. so segala resepi ayu update kat sini k. kalau kawan2 nak copy silakan.sharing is caring.memang tu pun tujuan ayu buat blog nih. mungkin kalau kisah peribadi,sikit2 je kot ayu share kat sini.hehe ayu ni malas sikit nak taip2 nih.hoholagipun ayu ni pemalu orangnya kalo nak share hal2 peribadi(ececeh) hehe. semua resepi yang ayu tepek kat sini yang ayu pernah cuba ya.n yang sedap aja ayu tepek.ada yang ayu ambil dari blog2 ada dari web2..ada dari mak,kakak,sedara mara,kawan2.dan ada yang dah modified(memang perempuan suka derhaka kepada resepi.hahaha salin resepi banyak tapi xpenah nak ikut resepi,mesti memandaiu ubah sendiri ikut selera sendiri.yelah kadang2 resepi internet ni bukan semua leh percaya.pernah sekali ayu ambil resepi muffin dari web mana tah.mak datukkkk keras bangat itu muffin.siap merekah n kering sekering keringnya macam tanah yang merekah musim kemarau.serik taww...huhu)

ok2 mesti korang bosan nak baca ayu bebel panjang2 kan. ok lah. pasni ayu nak update resepi pulak.. ;-) wassalam..