pau |
~300gm Air Suam
~220gm gula
~18gm Yis Segera - Mauripan
Bahan-bahan (B)
~920gm Tepung Pau
~60gm shottening
~180gm air
~1 sudu teh Bread Softener
~2 sudu teh Baking Powder
~2 sudu teh Minyak masak
Cara-cara
Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
Rehatkan doh 30 minit,Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka.... dah siap masuk inti..Tutup dengan platik semua doh.. rehatkan lagi 30 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
Nota - Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus.... memang sedap..
NOTA = Cara saya.. mengukus untuk dapatkan kulit pau cantik dan tidak menggerutu.. Balut penutup pengukus dengan kain, kalau boleh, guna tudung atau kain empat segi. balut seluruh tutup kukusan.. lepastu ikat lebihan kain dgn getah kat atas penutup...agar wap air tadi tidak akan jatuh pada pau. Ni pulak petua mama kastam tioman: mengukus pau, biasanya 5 minit aje dah cukup dengan api yang besar. Bila dah masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau tu dengan penutupnya sekali kebawah. Baru lah buka penutupnya. Kalu kita buka penutupnya semasa masih diatas api tu yang menyebabkan kulitnya mengerutu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan