Khamis, 14 Jun 2012

red velvet cake

ni red velvet cake versi cupcakes. kek ni ayu wat bulan 3 haritu..surprise untuk encik tunang masa birthday dia aritu.hehe
ok2 xmaw celoteh banyak-banyak..ni ayu letakkan resepinya k ..


Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk

2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter

300 gram gula kastor

2 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan

1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia

227 gram mascarpone

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula ising

360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.
Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering
Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam papecup or loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.kalau guna cup,bakar skejap aja ya..yg resepi ni ayu guna cup..so dlm 15minit pun dah masak kek nih. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu.
Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

ok pastu leh hias ikut suka.hehe.

ni pic masa birhday dia haritu.. papepun tq pada myra,sya,janna kerana terlibat dalam menjayakan surprise nih..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan